Dapatkan lebih banyak manfaat daripada diri sendiri dan sekeliling anda dengan kursus-kursus kepimpinan kami yang dinamik. Kursus kami bertujuan menguji dan memperkosakan kemahiran anda sendiri.
Ketahui jika anda berupaya untuk terbang lebih tinggi dari orang lain.
Berdasarkan proses pemilihan tentera British, kemahiran berfikir, merancang dan kemahiran anda akan diuji dengan ujian mencabar.
Latihan komunikasi yang teliti akan dijalankan dimana anda akan menjelaskan dan mempertahankan idea anda kepada rakan selatihan. Bina keyakinan berhadapan dengan orang lain penuh sikap profesionalisme.
Kenali potensi kepimpinan anda.
Kursus ini sesuai untuk eksekutif yang mahu menguji dan membina kemahiran kepimpinan mereka.
Belajar untuk berfikir secara kritikal dan sampaikan idea anda secara efektif.
Latihan kami yang berdasarkan latihan tentera British terbukti bagi membina kemahiran berfikir secara kritikal dalam masa yang terhad dan bertekanan tinggi.
Anda akan belajar dan berlatih proses-proses praktikal yang membantu anda membuat keputusan baik di tempat kerja anda. Anda akan mampu melihat jenis tindakan yang boleh diambil dan dapat membuat pilihan bagi tindakan yang membuahkan hasil paling baik.
Anda juga akan belajar bagaimana untuk menghubungkan idea tersebut kepada orang sekeliling anda bagi memastikan kerja anda berjalan lancar.
Kursus ini paling sesuai bagi pemimpin syarikat/bahagian atau bakal pemimpin yang mahu mempertingkatkan produktiviti pekerja mereka.
Berfikir dan bertindak secara berkumpulan.
Membuat keputusan mengikut naluri adalah bagus jika anda hanya mempunyai masa yang singkat. Tetapi keputusan besar yang kompleks memerlukan lebih banyak maklumat dan pertimbangan. Kursus kami akan melatih anda untuk memilih maklumat penting dari berlainan sumber dan memahami bagaimana maklumat perusahaan yang bagus akan membentuk cara anda berfikir dan bertindak.
Anda akan belajar bagaimana untuk menggunapakai cara membuat keputusan dan kitaran maklumat kepada sekumpulan besar pegawai lain supaya sebarang keputusan boleh dilaksanakan dengan cepat.
Sesuai untuk mereka yang telah menjalani kursus Kepimpinan dan Pengurusan atau pengurus berpengalaman yang berurusan dengan kumpulan pengurusan yang lebih besar.