Rundingan Awal
Tetapkan masa yang sesuai bagi pegawai kami berbincang dengan pihak anda untuk mengenalpasti latihan yang diperlukan.
Prestasi sebuah syarikat diukur melalui kecepakan kakitangannya dan kemampuan mereka untuk mengatasi pesaing dalam persekitaran perniagaan penuh berdaya-saing masa kini.
Program Inspire Elite akan membekalkan kemahiran dan keyakinan kepada aset anda yang paling bernilai iaitu pekerja anda bagi mencapai keupayaan mereka dan akhirnya mendorong syarikat anda ke arah kejayaan.
Kursus-kursus terulung kami adalah disesuaikan bagi membantu organisasi anda mencapai sebarang matlamat latihan yang diingini. Melalui kursus berdaya-saing kami, tumpuan diberikan terhadap kemahiran berkomunikasi berkesan secara dalaman mahupun luar organisasi.
Kami memahami keperluan latihan dan keperibadian kakitangan anda. Latihan menarik dan bermanfaat dijalankan bagi membolehkan kakitangan anda menyedari potensi diri sendiri memberikan syarikat anda kakitangan yang yakin dan elit.
Kami tidak sabar untuk meyokong kakitangan anda melangkaui batasan diri sendiri.
Mari menuju kejayaan dengan kursus Bahasa Inggeris Perniagaan dibuat khas kami. Kursus ini memastikan kakitangan anda mempunyai kemahiran dan keyakinan untuk bersaing di mata dunia.
Bekalkan kakitangan anda dengan kemahiran dan keyakinan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Jangan hanya miliki pekerja syarikat, milikilah duta syarikat yang cemerlang.
Kursus kepimpinan dan pengurusan kami adalah bedasarkan proses pemilihan pemimpin tentera yang tak utuh dihakis masa. Dengan kursus yang mencabar ini, bakal-bakal pemimpin syarikat anda akan diuji dan diasah bagi menjadi pemimpin akan datang.
Gilap dan mantapkan pegawai-pegawai atasan anda menerusi bimbingan penasihat peribadi oleh jurulatih-jurulatih bertaraf antarabangsa yang berwibawa.
Tetapkan masa yang sesuai bagi pegawai kami berbincang dengan pihak anda untuk mengenalpasti latihan yang diperlukan.
Salah satu pegawai jurulatih kami akan datang berjumpa anda dan mengambil masa untuk memahami matlamat latihan yang diperlukan melalui perbincangan dengan pengurus atasan anda.
Jurulatih kami akan menjalankan latihan yang terbaik di pejabat anda ataupun di salah satu pusat latihan kami. Kami akan memberikan maklumbalas berterusan kepada pegawai dan pihak pengurusan anda bagi memastikan latihan kekal bermanfaat.